BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 30, 2010

Penyokong indonesia x hormat lagu negaraku!!

PENYOKONG Indonesia membaling botol minuman air mineral berkali-kali melayang di luar Stadium Utama Gelora Bung Karno ketika pertandingan final kedua Piala AFF Suzuki, malam tadi.
Botol minuman itu dilemparkan penyokong tuan rumah itu ketika menonton perlawanan menentang Malaysia di layar besar yang disediakan untuk 100,000 penonton yang gagal mendapatkan tiket.

Pantauan Kompas.com di sekitar pintu VII menyaksikan perbuatan tidak terpuji itu diperlihatkan penyokong Indonesia terhadap Malaysia. Mereka melempari layar berukuran 4x6 meter itu dengan botol air minuman ketika lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku berkumandang. Begitu juga ketika kamera menunjukkan wajah ketua jurulatih Malaysia, K Rajagobal.
Botol kembali melayang ketika penonton di barisan depan berdiri ketika pemain Indonesia masuk ke kawasan pertahanan Malaysia. “Woiii, duduk,” teriak penyokong di barisan belakang sambil melempar botol air minuman kepada mereka yang duduk di depan. Bagaimanapun, botol kembali melayang ketika pemain Indonesia mendekati gawang Malaysia.

Pihak stadium memasang empat layar besar di luar stadium untuk penyokong yang tidak memiliki tiket. Di layar di sekitar pintu VII, ribuan penonton duduk berkerumun menghadapi layar. Bahkan, penonton yang masuk ke dalam stadium turut menyaksikan perlawanan itu menerusi skrin besar berkenaan. Mereka duduk di luar tempat duduk penonton yang menghadap layar besar itu.

sejarah tercipta...(garuda di baham!!!)

DETIK KERAMAT...Safiq Rahim  (kanan) menjulang   Piala Suzuki AFF 2010 selepas  mengalahkan Indonesia  di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.
MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.
Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.

Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.

Wednesday, December 29, 2010

yeeaahh...MALAYSIA MNANG aff suzuki

MALAYSIA MNANG !!!
4-2!!!


semue barisan pemain
negaraku mnang..

ser0n0k nyer di shanghai,guangzhou n beijing

 AT gaungzhou....
the reasort...

suangzhou town..

china flight(mcm singapore pnyer)

lotus hill,guanghou stadium

guangzhou park



guangzhou theme park


panda

zirafah

zoo





museum
The goat statue, a symbol of Guangzhou City .
beijing!!!!


beijing town

beijing town at night

beijing national stadium



the room


the hottel

hottel

airport

airport

beijing airport






the great wall of china


muslim restaurant..



shanghai!!!

shanghai tower...

the town




Wednesday, December 22, 2010

manifestasi cinta_fiq ment0r

bosan

Assalamualaikum .
yaahh , cuti tinggal lagi beberapa ary lg nk TAMAT .
da ready ke aq nk g kola SMK BP???
mcm mau mcm tak mau gi skola .
kenapa mau?
coz , aq nak tau mcm mne dok skola mnengah n asrama....
wooo~~best kot..
knaper x mau???
1.aq x dpt jmper dak 2 coz dier kola tmpt laen....
2.klu mlm aq x dpt maen mes8 ngan dak 2..
ok la..
aq nk mngundurkn diri....
bapak aq suwoh bwat rumah...
wasalam~~~

                                                                                   ~~~pr0zak!@!~~~
HAk cipta terplihara www.airkosongxmanis.blogspot.com...